Buat adikku..Amirah Rhumaisya.. 29th May 2009 Selamat Hari Lahir..yang ke 11. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna pada Islam. Ingatlah bahawa redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.
Nick name adikku ini Mesya..masih ingat lagi..dia lahir ketika saya standard 6..time tu budak2 lagi. nak UPSR pun banyak main2 lagi. Tapi peristiwa ni memang sentiasa terpahat di memori. Pagi seperti biasa, bangun pagi untuk ke sekolah. Saya dapati ibu n abah tiada. Buka tingkap dan tengok kereta pun tiada di garaj. Time tu
rasa semacam dah..kenapa abah tak kejut bagitahu ke mana menghilang..
Tapi terus bersiap bersama 3 lagi adik. Sebelum ke sekolah, abah balik dan bagitahu ibu di hospital Kuala Berang..tak silap belum bersalin lagi. Pergi sekolah macam biasa. Bila balik, abah kata jom ke hospital..n adikku dah lahir. Dialah adikku yang ke 6. .selepas 6 tahun, baru dapat adik baru..dan saya ingat dia lah adik terakhir, rupanya ada lagi 2.
Yang ke 7, Ainun Mukhlissah. Dia lahir waktu saya tengah PMR. Habis je paper PMR, saya memang memberontak nak balik..nak tengok adik dan nak jaga ibu (...konon..alasan je tuh..)
Balik jugak akhirnya..so, x ikut la program untuk lepasan PMR. .rasa rugi jugak..tapi cepat2 buang perasaan tu..sebab berbakti pada ibu bapa lebih besar pahalanya.
Yang ke 8, dan terakhir, Ahmad Faiz. Ibu mengalami kandungan yang songsang. Waktu ke private hospital untuk monthly medical check up, doc tu kata masalah songsang. Bahaya juga katanya. Saya tak berapa nak faham juga. Budak lagi..heh. Tapi time tu fikir..Ya Allah, kalaulah ibu ku pergi...(-ve thingking). Tapi alhamdulillah, bila bersalin, ibu bersalin secara normal. Ibu usahakan makan homeopathy secara konsisten..dan hasilnya bila nak bersalin, baby tu pusing n back to normal position. Berkat usaha dan doa. Alhamdulillah.
Sebenarnya, tengah home-sick..hehe..nak balik rasa. Tapi komitmen kan..Ya Allah, lindungi keluargaku dengan rahmat dan kasih sayang Mu. Moga limpahan naugan Mu terus memayungi hidup kami. Ameen. Buat abah n ibu, thanks 4 everything.