BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 16, 2009

Flu H1N1 + Boikot Bermusim?

Salam hujung minggu semua. .

Kali ini post saya berkisar tentang Influenza A H1N1. Akhirnya, wabak influenza H1N1 telah tiba di Malaysia. Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak ini. Kementerian mengumumkan pada 15 May yang lalu.Pelajar tersebut baru pulang dari Amerika Syarikat dan mendapati dirinya terkena tanda2 jangkitan seperti demam, sakit tekak dan sakit badan.

Berbincang dengan housemate saya yang merupakan pelajar jurusan Biology di UPM ini. .sakinah + intan. Kami berbincang mengenai isu ini. Ya. .ini bukan kali pertama Malaysia diserang wabak seperti ini. Kita pernah dilanda selsema burung satu ketika dulu. Tetapi bukan mudah untuk menghapuskan wabak ini. Bayangkan, pelajar yang telah dijangkiti H1N1 itu berada dalam satu penerbangan. Semua penumpang yang berada dalam penerbangan bersama pelajar tersebut, sesiapa yang berada di airport ketika waktu ketibaan pelajar tersebut, pengunjung2 hospital atau klinik dimana pelajar tersebut menerima rawatan, ahli keluraga, teman terdekat dan sesiapa yang pernah bersama dengan pelajar itu harus disaring dan diperiksa! ! Betapa rumitnya.

Namun, hikmahnya. . Allah ingin melihat sejauh mana ketabahan serta kesabaran makhluknya menerima musibah. Adakah manusia ingatkan Dia ketika ini? Ujian itu tidak lain, kecuali untuk menguji keimanan kita. Musibah ekonomi yang melanda negara belum lagi selesai, kita ditimpa musibah baru. Tapi berapa ramai yang sedar akan hal ini? Ada lagi manusia yang lalai dan bongkak. .

Kita masih lagi beruntung kerana tidak senasib dengan rakyat di Palestine. 14 May adalah hari penubuhan negara Israel di bumi Palestine. Dan 15 May merupakan hari memperingati ummat Islam Palestine yang dihalau keluar dari tanah sendiri. Apakah tindakan kita? Adakah bersedih yang bermusim? Memboikot pun bermusim? Selain berdoa kita juga perlu berusaha sedaya upaya memboikot barangan Israel ini. Mungkin isu boikot-memboikot ini isu lama, tapi usaha ini perlu berterusan. Lihat sahaja fast food yg perlu diboikot. .kopitiam. .barang harian. .semuanya kembali seperti biasa. Nampaknya masyarakat kita mengamalkan boikot bermusim . .boikot ini perlu diteruskan supaya ekonomi mereka lumpuh. Ya, walaupun kelihatan kecil dan tidak mendatangkan kesan, namun percayalah, jika setiap Muslim di Malaysia mengamalkannya, pasti..PASTI. .sedikit sebanyak akan menggugat ekonomi mereka. Dan yakinlah, Allah akan menilai usaha kita walau sebesar zarah.

Semoga Allah melindungi kita dari wabak H1N1 dan Allah selamatkan Palestine tercinta.

0 comments: