BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009

To Him we belong and to Him we return.

Dec 24th, 2009.

My Toki ( Abah's father ) kembali kerahmatullah pada 1 tengah hari. Kami semua tidak terkejut dengan perkhabaran ini, kerana kesihatan Toki yang memang sudah krirtikal. Awalnya, Toki mengidap batu karang, kemudian merebak menjadi kanser. Kanser pundi kencing - bladder cancer. Stage 4. FYI, stage 4 ialah stage yang merbahaya.

Awalnya, pemeriksaan n operate dah dibuat on last August. Untuk susulan, operate Jan 2010. Tapi disebabkan cancer tu dah merebak ke usus - usus kecil berlubang, urine n najis bercampur - , Toki masuk ke HUKM Dec baru-baru ini. Toki memang tak boleh bangun untuk ke tandas. Toki pakai pampers n dipasangkan tiub untuk pengaliran urine. Toki tak makan - hanya minum 2, 3 suap air sahaja -. Saya memang sedih tengok keadaan Toki, tapi saya sangat kagum melihat kesungguhan anak-anak toki - emak dan ayah saudara saya- menjaga Toki sehingga Toki dijemput pulang. Mereka menjaga Toki macam baby yang baru lahir. Sungguh, saya terharu melihat pengorbanan mereka. Semua ke lapan-lapan anak Toki turun ke KL untuk bergilir menjaga Toki. Dan saya sempat mengutip pengalaman menjaga Toki dan bermalam di HUKM.

Toki ada sepuluh anak - 5 lelaki, 5 perempuan - Abah yang kedua. Lantas saya terfikir, mampukah saya menjaga ibu bapa saya sekiranya satu hari nanti ditakdirkan mereka seperti Toki? Bolehkah saya menyalin pampers mereka tanpa rasa geli? Bolehkan saya mencuci najis mereka tanpa sebarang sungutan? Bolehkah saya melayan kerenah dan kehendak mereka nanti? Saya terus memasang niat dan azam, saya akan menjaga IBU dan ABAH sebaiknya. Saya juga berdoa moga Allah memelihara kami semua.


Untuk Toki, ku iringkan pemergianmu dengan iringan doa dari cucumu ini. Moga roh Toki bersemadi dengan amannya disana. Toki seorang ayah yang garang, tapi seorang atuk yang penyayang. Saya masih ingat waktu kecil, Toki selalu membeli alat mainan untuk kami, kerana saya dan abang saya merupakan cucu sulung dalam keluarga. Saya masih ingat akan landasan keretapi yang pernah Toki beli. Sampai hujung hayatnya, Toki masih lagi suka membeli hadiah mainan kepada cucunya seramai 28 orang. Hari raya, Toki akan minta semua cucunya beratur untuk agihan duit raya. Dan waktu itu pasti akan kurindui selamanya. Toki rajin ke surau, rajin bersedekah. Mudahan amalan ini dinilai oleh Allah.

Kepada kita semua, yakinlah bahawa mati itu pasti. Kematian tidak mengenal usia. Moga Allah terus memberi kita nikmat usia dan kesihatan. Insyaallah.

2 comments:

mOmO said...

Tak ziah..

Maaf mungkin ucapan ini sudah terlewat..

Tapi baru ada kesempatan melayari internet dgn tenang..

Aisyah Humaira said...

sedih sgt..tapi Allah bg kesempatan dan peluang untuk jaga Toki..moga ambil iktibar.