BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 27, 2009

Reminder For Us

Lagi berita sedih...
Pemergian Sir Ghazali beberapa hari lepas..
Ya ALLAH, mereka telah kembali kepada Mu..
Dan kami..
Lagi kehilangan pejuang agama..

Terkesan dengan kata-kata ketika SKEMA-4 di UIAM, Gombak baru2 ni..

1. Semangat orang muda diperlukan untuk meneruskan perjuangan . .
bersama iringan / panduan / bimbingan orang2 tua dan senior.
dan..kamilah orang muda itu..dan merekalah yang akan terus menjadi qudwah..
selamanya..

2. Gilaplah hatimu dengan keletihan...
Ya..merekalah pejuang agama yang berkorban segalanya demi Deen tercinta.
Hidup mereka 'letih' dengan kerja-kerja dakwah...namun, mereka puas.

Ya Allah...tempatkan mereka bersama-sama para mujahid dan amilin..

Tuesday, July 21, 2009

New Semester With New Spirit

Salam...

Alhamdulillah..new semester (1st semester 2009/2010) sudah membuka tirai.. Harapan yang besar serta tanggungjawab yang bertambah perlu ditempuhi untuk sem yang dianggap 'critical' nih...critical laa sangat..haha..

Here, saya list down kan subjek yang dah di register utk this sem..

1. AGR 5201 : Advanced Statistical Methods ( Dr. Ahmad b. Selamat)
2. BGY 5901 : Research Methods ( Prof Jambari Ali )
3. SPS 5999 : Master Research

Total cdt hour - 9 cdt hours Killer subject is advanced statistics. Memang agak rushing sem ni since my GRF ( Graduate Research Fellowship) is accepted with good chances..alhamdulillah. Syarat GRF kena jaga amali (lab la tuu..aduh...) berapa jam ntah per week..tak ingat plak. Tapi alhamdulillah..(sekali lagi..pujian hanya kembali pada Allah)..my advisor, Dr.Paridah minta saya handle budak bachelor final year since Dr x banyak kelas sem ni. Jaga projek diaorg. .saya prefer yang ni sbb malu la nak melalut sorang2 dalam lab..hehe..(alasan x masuk akai...)

Lagi segali pujian pada Allah, sebab dgn rahmatnya saya dapat GRF. So yuran, UPM as a research university akan tanggung RM900, n the rest, KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) yang tanggung.. n salary pun dah up..alhamdulillah again..n again...

Harapan for this sem, semoga Allah kurniakan semangat juang yang tinggi untuk menyiapkan projek. Target this sem nak habiskan 2 phases out of 3 phases..mudahan Allah permudahkan.

Dan moga Allah kuatkan diri untuk menjalankan D & T, since this sem saya pegang circle. Mohon doa kawan2..

Tidak lupa juga untuk melipatgandakan amalan n ibadat2 sunat di bulan Rejab + Syaaban + coming Ramadhan. .mulakan hari kalian dengan solat dhuha, insyaallah, Allah akan melapangkan segala urusan kalian..percaya pada janji Allah.. Jika kamu menjaga agama Allah, Allah akan menjaga kamu.

Lastly, buat renungan semua :

' Sesungguhnya orang yang hanya banyak bercakap berbeza dengan orang yang hanya banyak beramal,
dan orang yang banyak beramal berbeza dengan orang yang banyak berjihad,
dan orang yang berjihad berbeza dengan orang yang bekerja dengan produktif dan bijaksana'

Hassan Al Banna

>> Congrats to Fahana for new baby boy ! !
>> Congrats also to Sofiah...n guess whos after this ? ? Hehe..



Friday, June 12, 2009

Pergi

Pergi..

Pemergian itu suatu kehilangan. .
Kehilangan itu suatu keperitan. .
Keperitan yang tak tertanggung. .
Namun, rencanaMu tak terjangkau. .
Kerna semua yang berlaku. .
Pasti ada hikmahnya.

Tak mengenali tak bererti tak mengasihi. .
Mengasihi tak bererti mencintai. .
Namun..cinta atas landasan deen yang agung ini. .
Tiada tolok..tiada bandingnya. .
Cinta dan Kasih yang utuh. .
KeranaMu Ya Rabbi.

Ya Rahman..
Ketahuilah..hambaMu ini. .
Memohon rahmatMu. .
Limpahan kasihMu. .
Suluhan cahaya hidayahMu. .
Moga kami yang bakal pergi ini. .
Kembali kepangkuanMu. .
Dengan iman yang jitu.

Alfatihah buat bekas pelajar Matri yang belajar di Mesir dan telah kembali ke rahmatullah. .
Jua yang telah pergi..Ummi..
Dan pesyarah Fakulti Sains UPM. .
Moga roh kalian ditempatkan bersama orang2 yang soleh. .

Thursday, May 28, 2009

Selamat Hari Lahir Adikku


Buat adikku..Amirah Rhumaisya.. 29th May 2009 Selamat Hari Lahir..yang ke 11. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna pada Islam. Ingatlah bahawa redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.




Nick name adikku ini Mesya..masih ingat lagi..dia lahir ketika saya standard 6..time tu budak2 lagi. nak UPSR pun banyak main2 lagi. Tapi peristiwa ni memang sentiasa terpahat di memori. Pagi seperti biasa, bangun pagi untuk ke sekolah. Saya dapati ibu n abah tiada. Buka tingkap dan tengok kereta pun tiada di garaj. Time tu
rasa semacam dah..kenapa abah tak kejut bagitahu ke mana menghilang..


Tapi terus bersiap bersama 3 lagi adik. Sebelum ke sekolah, abah balik dan bagitahu ibu di hospital Kuala Berang..tak silap belum bersalin lagi. Pergi sekolah macam biasa. Bila balik, abah kata jom ke hospital..n adikku dah lahir. Dialah adikku yang ke 6. .selepas 6 tahun, baru dapat adik baru..dan saya ingat dia lah adik terakhir, rupanya ada lagi 2.


Yang ke 7, Ainun Mukhlissah. Dia lahir waktu saya tengah PMR. Habis je paper PMR, saya memang memberontak nak balik..nak tengok adik dan nak jaga ibu (...konon..alasan je tuh..)
Balik jugak akhirnya..so, x ikut la program untuk lepasan PMR. .rasa rugi jugak..tapi cepat2 buang perasaan tu..sebab berbakti pada ibu bapa lebih besar pahalanya.



Yang ke 8, dan terakhir, Ahmad Faiz. Ibu mengalami kandungan yang songsang. Waktu ke private hospital untuk monthly medical check up, doc tu kata masalah songsang. Bahaya juga katanya. Saya tak berapa nak faham juga. Budak lagi..heh. Tapi time tu fikir..Ya Allah, kalaulah ibu ku pergi...(-ve thingking). Tapi alhamdulillah, bila bersalin, ibu bersalin secara normal. Ibu usahakan makan homeopathy secara konsisten..dan hasilnya bila nak bersalin, baby tu pusing n back to normal position. Berkat usaha dan doa. Alhamdulillah.

Sebenarnya, tengah home-sick..hehe..nak balik rasa. Tapi komitmen kan..Ya Allah, lindungi keluargaku dengan rahmat dan kasih sayang Mu. Moga limpahan naugan Mu terus memayungi hidup kami. Ameen. Buat abah n ibu, thanks 4 everything.

Saturday, May 16, 2009

Flu H1N1 + Boikot Bermusim?

Salam hujung minggu semua. .

Kali ini post saya berkisar tentang Influenza A H1N1. Akhirnya, wabak influenza H1N1 telah tiba di Malaysia. Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak ini. Kementerian mengumumkan pada 15 May yang lalu.Pelajar tersebut baru pulang dari Amerika Syarikat dan mendapati dirinya terkena tanda2 jangkitan seperti demam, sakit tekak dan sakit badan.

Berbincang dengan housemate saya yang merupakan pelajar jurusan Biology di UPM ini. .sakinah + intan. Kami berbincang mengenai isu ini. Ya. .ini bukan kali pertama Malaysia diserang wabak seperti ini. Kita pernah dilanda selsema burung satu ketika dulu. Tetapi bukan mudah untuk menghapuskan wabak ini. Bayangkan, pelajar yang telah dijangkiti H1N1 itu berada dalam satu penerbangan. Semua penumpang yang berada dalam penerbangan bersama pelajar tersebut, sesiapa yang berada di airport ketika waktu ketibaan pelajar tersebut, pengunjung2 hospital atau klinik dimana pelajar tersebut menerima rawatan, ahli keluraga, teman terdekat dan sesiapa yang pernah bersama dengan pelajar itu harus disaring dan diperiksa! ! Betapa rumitnya.

Namun, hikmahnya. . Allah ingin melihat sejauh mana ketabahan serta kesabaran makhluknya menerima musibah. Adakah manusia ingatkan Dia ketika ini? Ujian itu tidak lain, kecuali untuk menguji keimanan kita. Musibah ekonomi yang melanda negara belum lagi selesai, kita ditimpa musibah baru. Tapi berapa ramai yang sedar akan hal ini? Ada lagi manusia yang lalai dan bongkak. .

Kita masih lagi beruntung kerana tidak senasib dengan rakyat di Palestine. 14 May adalah hari penubuhan negara Israel di bumi Palestine. Dan 15 May merupakan hari memperingati ummat Islam Palestine yang dihalau keluar dari tanah sendiri. Apakah tindakan kita? Adakah bersedih yang bermusim? Memboikot pun bermusim? Selain berdoa kita juga perlu berusaha sedaya upaya memboikot barangan Israel ini. Mungkin isu boikot-memboikot ini isu lama, tapi usaha ini perlu berterusan. Lihat sahaja fast food yg perlu diboikot. .kopitiam. .barang harian. .semuanya kembali seperti biasa. Nampaknya masyarakat kita mengamalkan boikot bermusim . .boikot ini perlu diteruskan supaya ekonomi mereka lumpuh. Ya, walaupun kelihatan kecil dan tidak mendatangkan kesan, namun percayalah, jika setiap Muslim di Malaysia mengamalkannya, pasti..PASTI. .sedikit sebanyak akan menggugat ekonomi mereka. Dan yakinlah, Allah akan menilai usaha kita walau sebesar zarah.

Semoga Allah melindungi kita dari wabak H1N1 dan Allah selamatkan Palestine tercinta.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Salam. .

Alhamdulillah, kekuatan telah datang. .dan inilah untuk tatapan kalian.

Selamat Hari Guru - May 16th.

Dedikasi buat semua guru-guru MATRI (1999-2003). .esp Cikgu Norizan. .
Juga buat pensyarah Matrik Pahang (2004-2005). .esp Puan Norlida + Puan Saadah. .
Tidak lupa pensyarah UiTM (2005 - 2008)..esp Dr. Razali, Mdm Judith + En.Shahril. .
Dan pensyarah UPM (2009 - infiniti). .esp Dr. Paridah. .
Serta guru2 SMAKL, Kuala Terengganu esp. .Teacher Mariamah + Ustazah Mariani. .

Kalian lah yang membentuk ku menjadi insan berilmu. Ya Allah, rahmati guru2 ku ini. Semoga mereka sentiasa dalam rahmatMu.

Dedikasi buat yang bakal menjadi guru. .
NAWAL : Sesungguhnya org2 yang beriman itu akan diuji, maka tempuhlah ia dengan sabar dan doa. .
AQILAH + MAYYAH SUFIAN : Sebaik-baik guru ialah guru yang mempamerkan qudwah yang baik kpd pelajarnya.
SU, ASMA + SABA (UPM) : Sabar ye menempuh alam praktikal. .latihan sebelum jadi full time cikgu. .
dan juga buat fatihah, al, raja dan semua bakal pendidik. .

Percayalah, sungguh bahagia kalian kerana setiap curahan ilmu yg ikhlas pasti dinilai oleh Allah dan menjadi saham di akhirat kelak.

Buat Ummi yang telah pergi, moga diriMu dalam rahmat Allah selam-lamanya. Doa kami, anak didikmu pasti sentiasa mengingati mu. .


Kenangan bersama bekas pelajar SMAKL. Find me? ? eheh..

Psst : Thanks a bunch to rufaidah, rumaisa, asuhana, saeed n others that wished me on this meaningful day. Selamat menempuh alam menara gading ! !