BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 01, 2010

28 January 2010

Oh..saya dah 24 tahun..masa sungguh pantas berlalu. Sedar tak sedar, dah tahun 2010. Terfikir, apa yang saya dah buat 23 tahun yang lepas esp. masa remaja belia? Cukupkah ilmu di dada? Bagaimana dengan amalan dan ibadat? Ya Allah kurniakan aku kekuatan untuk terus mengecap nikmat usia yang Kau berikan ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan usia ku. Harapan di tarikh 'keramat' ini..moga ketaqwaan terus bertambah..moga kematangan dalam berfikir dan bertindak meningkat..melipat gandakan usaha cari gali ilmu..baiki sifat dalam diri..be positive always..melunaskan azam 2009 yang tak tercapai dan melaksanakan azam 2010.

Kepada kawan2 yang wish via sms, fb..i really appreciated all of u! Some of the messages yg diterima : -

1. Asma' [ 27 Jan . 07:32 ]
~ heppi bufday..sweet 24..jgn garang2...

2.Amnani [ 27 Jan . 07:48 ]
~ Slmat Hari Lahir SWEET 24th on 28th of JANUARY. Mga brtmbh kbrkatan hdup oleh Allah seiring ptmbhn usia mu...

3. My student, Anas [ 28 Jan . 12:13 ]
~ Slmat ulang tahun kelahiran. smoga umur y mningkat bserta amal n ilmu. walaupun sy x ingat da bio skrg tp sy ingat lg cikgu..

4. Hafizah [ 28 Jan . 12:18 ]
~Salam. Happy birthday. Moga dlm lindungan dan rahmat Allah selalu.

5. Sumayyah [ 28 Jan. 12:22 ]
~ Aku minta pd Allah setangkai Bunga segar, DIA beri aku kaktus yang berduri. Aku minta kupu-kupu, diberiNYA ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar. Namun tak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali, dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Begitulah cara Allah mengasihi kita selalu indah pada waktunya. Selamat hari lahir syah.. =)

6. Munzirah [ 28 Jan. 12:23 ]
~ Aslm, >> SELAMAT HARI LAHIR YG KE 24 << SMGA SNTIASA DLM RAHMAT ALLAH.

7. My Abah [ 28 Jan. 12:33 ]
~ Assalam, selamat hari jadi. Semuga Allah melindungi kita setiap masa n di mana jua. Amin.

8. Qairul Bariyyah [ 28 Jan . 10:05 ]
~ Cah, slmat hari lahir..sweet 24..hope success yr carrier..Friendship 4 ever.

9. Nur Aqilah [ 28 Jan. 10:35 ]
~ Salam syah, snah helwa ya ukhti fil eid milad..kullu am wa anti bilkhair. Semuga dgn bertambh umur bertambh iman dan amal..

10. Nawal [ 28 Jan . 5:12 ]
~ Syah, happy birthday..dear.

11. My Ibu [ 28 Jan. 6:47 ]
~ Slm. Mg kmtangan yg menghiasi hidup kita dgn berpandukan pd al quran n sunah. Jadilah insan yg banyak memberi manafaat pd org lain. Latihlah diri agr redha n doalah pd Allah.

12. Atiqah Ridzuan [ 28 Jan. 6:05 ]
~ Slmat hari lahir yg ke 24 chah. Mg pjg umur, mrh rzk, sht ceria slalu hendaknya, bjya dunia akhirat, insan yg muslimah, n d lindungi n d rahmati Allah sentiasa..amin.

13. My sis [ 28 Jan . 7:21 ]
~ Happy birthday.

14. K.ani [ 28 Jan . 9:21 ]
~ Al Ghazali berpesan, ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan jua pada manisnya bicara dibibir tapi pada ingatan seseorang kpd saudaranya di dalam doanya. Happy Birthday to U..

15. Khafizah [ 29 Jan. 9:03 ]
~ Happy belated birthday

16. Aznor [ 29 Jan . 5.00 ]
~ Happy birtday. Semoga pjg umur dan murah rezeki.

17. Nadiah Fakhrudin [ 30 Jan . 9:14 ]
~ Aisyah, sori lmbt wish..happy belated birthday. May Allah bless u always =)

18. Marlina [ 1 Feb . 2 :13 ]
~ Happy belated birthday !

Kepada semua yang wish..terima kasih daun keladi..yang wish via Facebook : - Safiyah, K.Naemah, Nabihah, Aisyah R, Fahana Nas, Asma', Aisyah Din, Intan, Umairah, Habiba, Salimah, k.dayah, nadia, k.ju, k.nora, mizah, abby,amin..n semua la.. - May Allah bless us!!

Monday, January 04, 2010

2.0.1.0

Post yang terlewatkan.. =)

2.0.0.9
2009 yang telah berlalu..pelbagai perkara yang telah dilalui dan ditempuhi sepanjang 2009. Ada yang manis, yang pahit, yang bermain dengan emosi, air mata, senyuman dan bermacam rasa lagi. 2009 sekali lagi menjadi makna buat kehidupan yang perlu diteruskan. Selamat tinggal 2009. Segal pahit manis akan diingat dan disemat di dalam ingatan. Yang salah akan dibetulkan.
2009, pergilah dengan penuh bahagia..

2.0.1.0
2010 yang penuh dengan kejutan dan debaran. Harapan agar segalanya dipermudahkan..banyak perkara yang nak dicapai untuk 2010. Bertemu dengan manusia yang pelbagai ragam. Awal 2010 yang mencabar. Lalui dan tempuhlah 2010 dengan ikhlas dan tabahkan hati. Moga 2010 memberi erti dan membuka lembaran baru buat sebuah kehidupan yang sentiasa diuji. Ayuh..berubah ke arah yang lebih baik dan positif !!!




Terengganu..

Perhentian Island

Book Fair 09


BBQ Hour



Open House


Kopitiam Ghadir @ ITN


Natrah @ IB


Melaka


Mdm Judith


P/s : Scroll box belajar dari sini. Thanks Sue.

Friday, December 25, 2009

To Him we belong and to Him we return.

Dec 24th, 2009.

My Toki ( Abah's father ) kembali kerahmatullah pada 1 tengah hari. Kami semua tidak terkejut dengan perkhabaran ini, kerana kesihatan Toki yang memang sudah krirtikal. Awalnya, Toki mengidap batu karang, kemudian merebak menjadi kanser. Kanser pundi kencing - bladder cancer. Stage 4. FYI, stage 4 ialah stage yang merbahaya.

Awalnya, pemeriksaan n operate dah dibuat on last August. Untuk susulan, operate Jan 2010. Tapi disebabkan cancer tu dah merebak ke usus - usus kecil berlubang, urine n najis bercampur - , Toki masuk ke HUKM Dec baru-baru ini. Toki memang tak boleh bangun untuk ke tandas. Toki pakai pampers n dipasangkan tiub untuk pengaliran urine. Toki tak makan - hanya minum 2, 3 suap air sahaja -. Saya memang sedih tengok keadaan Toki, tapi saya sangat kagum melihat kesungguhan anak-anak toki - emak dan ayah saudara saya- menjaga Toki sehingga Toki dijemput pulang. Mereka menjaga Toki macam baby yang baru lahir. Sungguh, saya terharu melihat pengorbanan mereka. Semua ke lapan-lapan anak Toki turun ke KL untuk bergilir menjaga Toki. Dan saya sempat mengutip pengalaman menjaga Toki dan bermalam di HUKM.

Toki ada sepuluh anak - 5 lelaki, 5 perempuan - Abah yang kedua. Lantas saya terfikir, mampukah saya menjaga ibu bapa saya sekiranya satu hari nanti ditakdirkan mereka seperti Toki? Bolehkah saya menyalin pampers mereka tanpa rasa geli? Bolehkan saya mencuci najis mereka tanpa sebarang sungutan? Bolehkah saya melayan kerenah dan kehendak mereka nanti? Saya terus memasang niat dan azam, saya akan menjaga IBU dan ABAH sebaiknya. Saya juga berdoa moga Allah memelihara kami semua.


Untuk Toki, ku iringkan pemergianmu dengan iringan doa dari cucumu ini. Moga roh Toki bersemadi dengan amannya disana. Toki seorang ayah yang garang, tapi seorang atuk yang penyayang. Saya masih ingat waktu kecil, Toki selalu membeli alat mainan untuk kami, kerana saya dan abang saya merupakan cucu sulung dalam keluarga. Saya masih ingat akan landasan keretapi yang pernah Toki beli. Sampai hujung hayatnya, Toki masih lagi suka membeli hadiah mainan kepada cucunya seramai 28 orang. Hari raya, Toki akan minta semua cucunya beratur untuk agihan duit raya. Dan waktu itu pasti akan kurindui selamanya. Toki rajin ke surau, rajin bersedekah. Mudahan amalan ini dinilai oleh Allah.

Kepada kita semua, yakinlah bahawa mati itu pasti. Kematian tidak mengenal usia. Moga Allah terus memberi kita nikmat usia dan kesihatan. Insyaallah.

Wedding Season

Post kali ini ialah untuk melunaskan janji pada c.lily..semua gambar dah upload kat fb, tapi c.lily tiada akaun fb..so, sedikit gambar buat tatapan kalian.

K.Ainul Azra + Suheil

Ainul Mursyida + husband

Both Ainuls

K.Mashitah Aminah + husband

K.Nazihah at Ampang

Kenduri K.Fatimah, anak Cikgu Mai pun dihadiri,,tapi tak ambil gambar..di Rawang. Kenduri K.Nik dan K.Fatimah tak dapat pergi. Kekangan masa dan kesihatan. Untuk lebih banyak gambar, boleh tengok di photo album kawan-kawan MATRI. Gambar K.Husni + Fadhli, K.Nik + Amru n etc.

To all of u..pengantin baru..welcome to the new phase of ur life. Semoga dengan perkahwinan kalian, rahmat dan kasih sayang Allah mencurah banyaknya. Insyaallah.

Friday, December 04, 2009

. : Wedding Festival : .


Dec muncul lagi...cuti sekolah bermula..n kenduri kendara pun banyak la pada musim ni.
Alhamdulillah..beberapa orang senior, junior dan kawan2 ada yang akan bertunang, dah bertunang dan akan walimah sekitar dec n jan ini. Tahniah..tahniah..tahniah..welcome to the new phase of your life..listed below, list kenduri my friends :

Dec 12 : Both Liyana will engage..Liyana Alias + Liyana x-KMPh
Dec 13 : Both Ainul will walimah..Sis Ainul Azra (my senior) and her sis Ainul Mursyida (my junior) @ Gopeng.
Dec 19 : Sis Nik Nadiah (my senior) @ Sungai Petani
Dec 19 : Sis Nazihah (my senior) @ Ampang
Dec 20 : Sis Fatimatul Husna @ Shah Alam

And ada 2 lagi jemputan..kawan di KMPh, anak Dr Suhaimi, Adhwa dan kawan di UiTM, Hanisah..yang ni tak dapat lagi kad..Adhwa end of dec n Nisah maybe on Jan.

Ku doakan kalian mengharungi alam baru dengan iman dan taqwa. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah jua.

Kepada yang sudah berkeluarga : Laila, Anis, Nabilah, Munirah, Syidah, Mashittah, Nadiah R,Kak Norul dan adik2 matriku,peliharalah anugerah Allah ini.

Kepada sahabatku yang di alam pertunangan, Sofiah, Asma', Munzirah, Nabihah, Liyana..kalian bila pula? =)

Kepada yang sedang menanti..sungguh..penantian itu satu penyeksaan..tapi percayalah..Allah sudah menjanjikan seseorang buat kita. Sabar!

Saya akan postkan gambar sekitar majlis..insyaallah.

'rabbana hablana min azwajina wa zuriyyatina qurratu 'ayuni wa ja'alna lilmuttaqina 'imama'

Saturday, November 07, 2009

6 : 132-134

Dan masing-masing orang ada tingkatan-tingkatannya, (sesuai) dengan apa yang mereka kerjakan. Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.

Dan Tuhanmu Mahakaya, penuh rahmat. Jika Dia menghendaki, Dia akan memusnahkan kamu dah setelah kamu (musnah) akan Dia ganti dengan yang Dia kehendaki, sebagaimana Dia menjadikan kamu dari keturunan golongan lain.

Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya.

Al - An'am : 132 - 134

Sunnguh terkesan dengan 3 ayat ini. May Allah bless us.

Sunday, October 25, 2009

DSC T-90

Alhamdulillah..itu sahaja yang mampu dilafazkan untuk menyatakan kesyukuran ku.
Setelah hampir setahun kumpul duit + survey, akhirnya dapat juga untuk memiliki digital camera.

Honestly, sedikit terkilan sebab tak dapat totally macam yang diimpikan. Macam mana tu?
Macam ni ...


Of course nak yang hijau..memang cantik..bulan April hari tu survey kat Warta Bangi, still ada satu lagi stock..Price nya RM1,000 + -. Susah nak cari sebenarnya sebab ni model lama, 2007. Tapi kumpul duit tak pernah nak cecah angka 1 k tu. So, selepas di bi
arkan beberapa bulan, confirm dah out of stock.

Pagi tadi my Abah call..tanya nak model Sony yang macam mana. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, terus cakap ' Sony Cyber-Shot Model DSC'. Lepas tu my Abah passing handphone kat tauke kedai, tauke tu describe sikit properties camera DSC. After a short discussion, akhirnya pilih DSC T-90. Sedih betul available colour balck, blue, pink and brown. Kenapa la xde green apple. Ingat semua ladies suka pink kot.. =p



Apa pun, really thanks to Allah for this dream-to-be yang dah jadi reality!. And also for my Abah for your understanding. May Allah bless.


P/s : Tak pandai guna SLR camera plus tak mampu jugak..


Thursday, October 22, 2009

Preparing the exam on this coming November


Salam...



Final exam is around the corner..honestly..not ready yet..

Kepada : -
a] kawan-kawan ~ k.norul, khaf, k.piz, janet,nor, ijat, husna, laila, anis,nawal,momo, syuwaida n all..
b] adik-adik espc C2 - aisyah ruqayyah, shashi, fathi, wani, hanin, amnani, atiqah, mai..
c] my housmate
dan semua yang akan exam, wish u all da best.
May Allah grants us with success.


P/s : to cik mayyah..cik Qilah..selamat ber'posting' la ye...insyaallah..both of u are the best!!

~ Sesungguhnya telah mendapat kejayaan orang-orang yang beriman yang khusyuk dalam sembahyang mereka ~

Friday, October 02, 2009

Last Breath

Cuba korang dengar lagu ni..
Dah lama dah lagu ni..
LAST BREATH by Hafiz Hamidun..
Ni lyric dia...

From those around I hear a cry
A muffled sob, a hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul my fly

A chilly wind begins to blow
Within my soul from head to toe
And then last breath escapes my lips
It's time to leave and I must go

So it is true but it's too late
They said each soul has its given date
When it must leave it's body's core
And meet with it's eternal fate

Allahurabbuna salimna (sallim sallimna)

Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay

I cannot see, my eyes are blind
Am I still me ?
Or has my soul been led astray ?
And forced to pay a priceless fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice while others burned
If only I knew
I knew it before
The line grew short
And came my turn

And now as beneath the sod
They lay me with my record flawed
They cry not knowing I cry worse
For they go home I face my God

Allahurabbi..........


lagu ni mmg best..ade 2 version..Hafiz Hamidun nyanyikan balik..but the original one is Ahmed Bukhatir..original version memang touching bila dengar..zaaap..rasa cam direct menusuk kalbu..korang dengar lah..

Lyric dia pun best..tersusun in the simple way.


Tuesday, September 29, 2009

Benarlah...Hidayah itu Milik Allah

'Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) : Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui' [ Al Baqarah :256 ]

' Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya itu mendapat kebaikan,nescaya kan difahamkan tentang dirinya akan Agama ' [ HAdis riwayat Al - Bukhari dan Muslim ]

Sungguh, benarlah..hidayah itu milik mutlak Allah. Rasa sungguh terharu dan sebak bila mendapat tahu ( baru2 ni ke open house Dr.Razali a.k.a my lecturer..dpt tahu from her daughter a.k.a my senior ) one of my lecturer kat UiTM dulu dah convert Islam..Subhanallah..unbelieveable..rasa sebak sangat.

Listed below, some of the memory with Mdm..

I.

She's very kind person..and kami sangat rapat..maybe sebab umur dia yang tak terlalu jarak.. time tu 28 tahun..Saya memanggilnya Mdm.Judith..( saya sangat2 ingin tahu nama Islamnya ). Saya masih ingat, kami menjadi semakin close ketika handle trip ke Serawak untuk subjek Wood Based Technology, 30% is from Industrial Trip ( even certain students je yang buat kerja,semua carry mark dapat lebih kurang sama..huhu). Memang kami, ( refers to the trip's community) bekerja keras untuk trip ini..ditambah pula terdapat hal yang unexpected berlaku pada tiket flight kami. ( my friend yang uruskan urusan pembelian tiket kena tipu..duit deposite flight kami RM260++ / person melayang..yang lagi terkilannya, dia deal ngan someone yang dia kenal..someone yang ada bau2 bacang ngan dia). Saya masih ingat ketika itu discuss pasal hal ini di Blok E, saya duduk di tempat paling belakang ( sebab tak boleh terima hal ni terjadi..kami try the best to make sure that semua plan berjalan smoothly..tup2..terjadi perkara mcm ni ). Setelah berbincang, lecturers (Mdm Judith, Miss Azrena + Dr.Ashari) bagi 2 kata putus. .a) If ada money, semua orang boleh bayar untuk new flight ticket, trip akan di proceed memandangkan semua tempat yang ingin dilawati telah bersetuju untuk menerima lawatan kami. OR b) Industrial trip still proceed, but choose area2 Selangor and the carry mark will deduct !! Oh no, memang saya menangis time tu ( haha..only me yg crying...ye la..perit jerih nak menjayakannya, Allah sahaja yang tahu..lagipun saya sorang yang xde sumber kewangan..memang syahdu la time tu..) N I still remember when both of them, mdm n miss, come to me n hug me..they try to pujuk me..n after tu, kami teruskan jugak trip tu. Alhamdulillah, everything berjalan lancar walau ada peristiwa hitam. And I got A for this subject.


Serawak Culture Village


II.

Mdm n me pernah handle satu lawatan ke Cameron Highland ( fyi, i'm the vice president of the course club ). Memang saya selalu ke bilik mdm, buat call, taip surat, print surat, google internet, n bincang perkara berkaitan. Itu membuatkan kami lebih rapat.


Trip ke Donghwa Fibreboard, Nilai.

III.

We ( society ) juga terlibat untuk handle dinner..2 semester berturut-turut. .Part ni memang banyak berbincang..keluar cari barang..survey tempat dinner..call catering..prop..buat kad..call Alumni..perbelanjaan..bus..n mdm memang banyak membantu in term of idea, transport, n support.


Dinner 2007..mdm..me..k.nadia.


IV.

And I'm glad to help u mdm during the Science and Technology Exhibition..kami diberi tugasan untuk menjaga aktiviti di 'corner' masing2..part paling susah adalah nak cari aktiviti yang nak dibuat..kami google n refers kat buku2..tapi mdm ni graduate from oversea..so idea dia memang banyak...n I still remember bila kita bekerja siapkan booth sampai pukul 1 pagi..and Mdm selalu ambil n hantar ke kolej..tq mdm..

S n T exhibition @ Dewan Sri Budiman, UiTM.

V.

And mdm is my lecturer for these subjects : Environmental Protection + Technical Drawing + CAD/CAM. Mdm mmg lecturer yang sistematik, caring pasal students, willing nak fahamkan students..n energetic type..most of her subject, boleh la score.

VI.

Mdm dah belanja berbuka puasa 2 kali pada Ramadhan yang berbeza..terharu sesangat..tapi mdm mmg type yang hormat pada Islam..contoh,tengah kelas tetiba azan..mdm akan stop kejap. N I still remember kat Serawak, mdm yang timing masa untuk kami solat.

Right now, mdm dah fly ke U.K untuk sambung PhD. Saat entry ini ditulis, air mata ku tak henti2. Ya Allah, sungguh besar kuasa Mu. Allah dah susun segalanya.

To mdm, if u read this entry, ketahuilah yang saya rasa sangat bersyukur atas nikmat hidayah ini. pernah suatu ketika, my parents remind me ( sebab bila diaorg call, saya selalu bersama mdm )..jangan terlalu rapat dgn org Kristian, mereka ada agenda tersendiri. Tapi saya fikir +ve.. Insyaallah, Allah will protects me.

Moga Allah limpahkan segala rahmat + nikmat Islam + nikmat Iman kepada madam.

Moga Allah permudahkan urusan PhD mdm.

Moga Allah kurniakan kebahagian bersama keluarga kepada mdm.

Moga Allah sinarkan nur Islam kepada orang2 yang terdekat dengan mdm.

Maaf, saya jarang bercerita pasal Islam..unless mdm tanya.

Maaf, saya tak mengajak mdm mendekati Islam, tapi saya cuba tunjuk shahsiah yang baik pada mdm..( walau pun tak baik sepenuhnya..but i try )

May Allah bless us..forever.

P/s : Sorry for bad quality of edited pictures..



Ramadhan..Syawal..Zulkaedah..

Salam..

Lama x update blog..x pela..bukan ramai pun yang singgah..hehe..

Cuti 1week++ dah habis..n rutin biasa as a student akan kembali..honestly, x puas lagi beraya. . Tapi tahun ni raya paling best since tahun ni la boleh jalan2 ikut kehendak diri..before this, ikut ibu abah je..

adik2 ku yang raya sakan..2 org ladies ni pose penuh tau..yg laki tu je pose 3 hari je..

Tapi raya tahun ni agak pelik di Trg..traffic jam, x payah cerita la..esp jalan yang menghubungkan Trg n Kelantan..terfikir gak kenapa? Maybe sekarang ni suma org dah mampu beli kereta..ye la..nak buat pinjaman bukan susah mcm dulu..so kereta pun banyak le..try observe, kereta ape paling banyak atas jalan? Sure i) Myvi ii) Viva iii) New Saga.. X caya, observe by urself la.. Tapi alasan paling kukuh sure la pasal 1st raya is on Sunday..so start Jumaat after kerja or Sabtu, semua dah berpusu-pusu balik. Maklumla..cuti panjang..memang semua perantau menggunakan cuti yang ada sebaik mungkin la..negeri lain, tak tau la..kl jangan2 lengang n sunyi sepi..tak kot..


me with my sis..


Raya ni sempat ke rumah kawan2 sekerja di sekolah dulu..rumah Dr. Razali n kak Nadia + hubby, n also ke rumah kawan matrik dulu..lama nya x jumpa dia..since habis matrik, mmg x jumpa..2005 la last..best la jalan2..tapi mmg x puas..baca sini untuk lanjut..gambar tengok kat FB k..


jalan raya sampai Melaka..with my friend..kwn kat KMPh..
Dear Mayyah..May Allah bless us in every single path of life ! !


Dah habis cuti..maka bermulalah kembali jadi pelajar...yang tak tahannya, Jumaat ini ada test..waa...x ready..tapi cuba untuk score..insyaallah..doakan eh..

Lastly, nak minta maaf dari semua atas segala salah dan silap. Moga ibadah puasa kita diterima Allah dan semoga bertemu dengan Ramadhan tahun depan..Ameen..

Wednesday, September 09, 2009

Miskin Tegar

Miskin tegar = Pendapatan RM 3000 ke bawah untuk penduduk dalam bandar..

Relevan kah?

Oh..aku pun miskin tegar rupanya..
...dulu org belajar nak cari duit, sekarang dah terbalik..nak belajar kena ada duit..

Tuesday, September 08, 2009

Akhirnya..

Alhamdulillah..akhirnya hajat ku terkabul jugak...


Akhirnya..

Alhamdulillah..akhirnya hajat ku terkabul jugak...

Teka apa? Hehe..nak buka puasa n terawikh kat Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi, Putrajaya. Memang best la explore masjid2 di bulan Ramadhan ni..

Memandangkan Masjid Besi ni masjid baru dan dapat tau ( dari tnet, blog2, paper, tv n org cakap) yang masjid ni unik in term of senibinanya. Memang sesuai nama Masjid Besi coz 80% dari besi. Nampak cam gagah je..

Here, I list down masjid2 yg dah di explore dan bakal di explore :

Done :

1. Of course la, Masjid UPM..next to my house je..
...masjid UPM...

2. Masjid Putra, Putrajaya..makanan kat sini mmg best..ish, x tau nak cakap..dtg sendiri la cuba.. Suasana terawikh kat sini lain skit dari UPM...ape yang lain? mmm..

...interframe..hehe...

3. Masjid Alam Damai, Cheras..masjid baru buka..3 tingkat..kat sini pun best..
4. Surau Maahad Tahfiz, Alam Damai, Cheras..honestly..kat sini paling best..terawikh yang paling tenang..
5. Masjid UKM..satu-satunya masjid yang dijumpai yang terus buat witir after terawikh 8 rakaat

...masjid UKM...

6. Surau Taman Universiti, Bangi..yang ni special skit..after 8 rakaat, ada tazkirah..
7. Masjid Besi...terawikh dia best...x reti la nak describe..


...view waktu malam..

...open hall..

...x sure la brapa level..yg pasti berlevel-level..

Coming soon :
1.Masjid UNITEN..saja..selalu lalu..tak pernah singgah..harap2 sempat la g sebelum balik..
2.Surau Al Hidayah, SMAKL, Kuala Terengganu..uhu..rindunya nak terawikh ngan students! Yang specialnya, students jadi Imam ! ! Mana nak cari?
2.Masjid Bukit Payong..confirm 1st day raya singgah sini !!!

Hehe..jom memeriahkan masjid..jangan bulan Ramadhan je tau ! !

Monday, September 07, 2009

Hujung Minggu

Nampaknya, masuk minggu ni sudah 2 kali berturut2 kami (Selangor n yg sewaktu dengannya) cuti on Monday. Last week sempena Hari Kebangsaan, this week sempena Nuzul Quran.

Buat ape? Hmmm..hari sabtu ke rumah cik ton n cik teq di Alam Damai, Cheras. Family c.ton buat majlis buka puasa di rumah k.fatin (kakak c.ton num 2)..mmg best la makanan berbuka. Yang paling best kerabu sotong n tempe udang ( aduh..semua yang allergic ni..tapi makan jugak)..

Esok nya, Ahad, c.ton bawak g jalan TAR. Bibik Santi n Suffiyah pun ikut. Cari baju melayu abah. Jumpa..RM 79.90. Kat butik Jelinda Fashion. Kat jalan2 tu banyak, tapi harga dia ratus ringgit n xde la cantik sangat jahitan..beli ape lagi? Belikan tudung untuk diri sendiri..cantik2 n byk choice kat sini.

Balik dari jalan TAR dalam 3pm, pastu terus balik Serdang. Lepas Asar bergerak ke UKM. Ada Iftar Jama'i Haluan Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya. Majlis bermula sekitar 5.30 pm. Sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh Imam Masjid Putrajaya ( ayah Athirah ).. penyampaian yang ringkas, tetapi mendalam. . Kemudian sesi taaruf dan sedikit explaination tentang kutipan untuk pembinaan bagunan baru SRIQ. Kagum dengan kerja2 pak cik2 dan mak cik2 yg tak jemu mencari sumber dalam menyempurnakan fasiliti sekolah kita. Alhamdulillah, berbuka di sana, Kolej Pendeta Za'ba..dan terawikh pun di Masjid UKM.

Disebabkan keletihan yang amat, pagi Isnin tak bangun sahur pun. Alarm bunyi jam 4 pagi, tapi tekan button stop..adeh..sedar pun time azan Subuh. Menyesal x bangun..pening sebab x sahur..apa lagi angin menyerang la.

Petang tu, lepas Asar bergerak ke rumah Kak Atiqah, isteri Dr. Azizan. Dia jemput pelajar UKM + UPM berbuka. Comel2 anak k.tiqah, esp Muhammad yang x nak dengan org. Asyik menangis je..cerdik2 nakal kata orang. Yang best nya, menu utama Nasi Briani..Allah, sungguh Kau Maha Mendengar. Memang teringin sgt nak mkn..Alahamdulillah..sedap.

Itu je la aktiviti minggu ni..its back to normal bila Selasa menjelma...Selasa 12.30noon ada circle 1. Insyaallah, jumaat pun circle 3 if tiada halangan. Pelajar UKM ajak berbuka rumah diaorang Khamis ni..=)

P/s : Sorri..xde gambar..

Wednesday, August 26, 2009

N 12 - Keberkatan Al Mubarak


Sunday, August 23, 2009

Iftar Jamai'e

Aug 23rd 2009

من فطّرَ صائِماً كانَ لهُ مثْلُ أجرِهِ غَيْرَ أنّهُ لا يَنْقُصُ مِنْ أجْرِ الصّائِمِ شيئا
ً
Barangsiapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

..popia tunjuk..=)..

Time : 6.30 pm - 10.00 pm
Venue : Bait Al Ukhwah (628) + Masjid U
PM
Activities : Break a fast, tadarus Al Quran, Maghrib berjema
ah, tazkirah + sharing moment,
Isya' + terawikh berjemaah ( Masjid UPM
)
Involvement : C 1, C 2, C 3 + C bekerja

..teh ais + brownies...

..antara yang hadir..


Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e,
Ahmad dan Baihaqi.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Kareem.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. .


...the month of Ramadhan, wherein was revealed, the Holy Quran...



May Allah gave us the strength to fulfill this month of obligation in our utmost best piety and and may He shower us with the blessing of Iman.




Monday, August 17, 2009

'Happy BBQ Hour'

Aug 15th, 2009

1. Para Dae kena ibda' (kreatif) dalam berdakwah. .dengan kekreatifan ini, para Dae mampu memancing orang-orang yang berpotensi besar dalam medan DnT ini.

2. Usaha itu perlu..usaha itu yang akan dinilai oleh Allah. .

Ladang 10, UPM.

14 pelajar UPM, 7 kanak-kanak yang sweet, 2 pasang suami isteri yang baik budi..

'BBQ Hour'..bukan sekadar makan..tetapi pengisian di dalamnya..tautan hati dan ukhwah yang padu..perkongsian rasa..bual bicara yang berhemah..

..diimport khas dari Bangi ni..


..panggang gold egg??..

..inilah hasilnya..

..nyum..nyum..

..aktiviti..Bos Berkata : Angkat Tangan...=)

...pengisian Ramadhan..

..adik-adik yang comel2..
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami..semoga kami menjadi di antara batu-batu yang
membentuk Deen Mu..Ameen..


P/s : Thanks a bunch untuk Mak Cik Mie + family dan K.Wana + family atas makanan yang sangat sedap..well preparation this time..next time kita buat yang lebih baik. .

Kopitiam Ghadir

Aug 14th, 2009

6 Buah Nasyid
1. Keutamaan Selawat
2.Keutamaan Rasulullah
3. Selawat sempurna dengan Ahlul Bait Nabi
4. Siapa Ahlul Bait?
5. Syaidina Hamzah Abadullah
6. Syaidina Ali Karamallahawajhah

..on stage..

4 watak utama :
1. Dr Maulana a.k.a Ustaz Tok Malaya
2. Osman a.k.a Prof Osman
3. Bakar
4. Omar

...tiket = RM 10....

Kumpulan Nasyid Revolusi Pembudayaan Selawat

Komposer yang hebat

Crew yang sabar dan murni hatinya

Pengarah yang terus bangun dalam perjuangan yang tiada henti ini

1 jam 30 minit

ITNM, Wangsa Maju

RM10

Gabungan wacana ini, lahirlah pementasa Kopitiam Ghadir yang sarat dan padat dengan mesej tersirat, hadis dan berilmiah..

Sungguh, dalam perjuangan Deen ini, tiada manis tanpa ujian dan getir..
Puncak manisnya perjuangan itu, bila kita berjaya mengharunginya dengan iman dan taqwa. .

Allah akan menilai usaha kecil ini sebagai dakwah dan ibadah..Ameen Ya Allah.

..new collection walaupun buku ni dah lama keluar....

P/s : Cdt untuk adik Rahman Dhasuki atas shoot yang cantik...=)
and
My beloved sis in Islam..mOmO..kerana menjadi guard tour yang sabar...
(mOmO..saya asyik call awak je kan tanya jalan..hehe..sori..)